Wednesday 10 September 2014

ZAMAN UMAYYAH
Kerajaan Bani Umayyah (Arab بنو أمية banū umayya / الأمويون al-umawiyyūn); khalifah Islam berasaskan perwarisan pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Kerajaan ini terdiri daripada keluarga di dalam kaum Quraish Makkah. Kerajaan Bani Ummaiyyah ini berkuasa dari tahun 661 masihi sehingga tahun 750 masihi. Ironiknya kaum Bani Ummaiyyah sebelum ini pernah menjadi musuh ketat Islam, seperti Abu Sufyan, sebelum mereka memeluk Islam.
Asal nama kerajaan Bani Umayyah adalah mengambil nama sempena nama datuk Muawiyah,pengasas kerajaan ini iaituUmaiyyah bin Abdul Syams,seorang pemimpin kaum Quraisy yang kaya dan berpengaruh.

Pemerintahan Umayyah
Muawiyah telah menjadi Gabenor Syria di bawah pemerintahan khalifah ketiga IslamSaidina Uthman Affan. Pada tahun 35Hijriah,kota Madinah yang menjadi ibu kota negara Islam telah dilanda krisis politik yang hebat sehingga mencetuskan pemberontakan menentang kerajaan. Akibatnya, Khalifah Uthman bin Affan dibunuh oleh pemberontak. Selepas peristiwa pembunuhan Saidina Uthman, Saidina Ali Abi Talib telah dilantik menjadi khalifah yang baru.
Memandangkan pembunuh Saidina Uthman belum dihukum oleh Saidina Ali , Muawiyah enggan menerimanya sebagai khalifah dan menentang Saidina Ali pada tahun 657. Bukan sahaja Muawiyah enggan menerima Saidina Ali sebagai khalifah, malah dia turut menuduh Saidina Ali sebagai gagal untuk membunuh Sayyidina Uthman (pak ciknya). Dalam kata lain, Muawiyah mencadangkan bahawa Saidina Ali sendiri terlibat dalam pakatan membunuh Khalifah Uthman).
Kedua-dua pihak bersetuju untuk berunding untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Rundingan ini dilihat oleh para pengikut Saidina Ali sebagai tidak adil. Empayar Islam dipecahkan. Selepas Saidina Ali dibunuh pada tahun 661, anak Saidina Ali iaituSaidina Hassan telah menjadi khalifah namun baginda telah mengambil keputusan untuk memberi jawatan khalifah kepada Muawiyah sebagai khalifah seluruh empayar Islam atas harapan Muawiyah dapat menyatukan umat Islam pada masa itu kerana Saidina Hassan tidak sanggup untuk melihat perpecahan umat Islam terus berlaku dihadapan matanya.Hal ini menyebabkan tertubuhnya Kerajaan Bani Ummaiyyah dan menyaksikan pertukaran pusat pemerintahan daripada Madinah keDamsyik.



Empayar kekuasaan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
Kuasa Bani Ummaiyyah berpusat kepada jajahan Byzantian di Syria dan mengekalkan pegawai tempatan yang bukan muslim sebagai pentadbir. Bani Ummaiyyah turut memusatkan usaha mereka kearah menguasai Mediterranean dan menakluk Konstentinopal. Banyak penaklukan dan pembukaan wilayah baru dibuat semasa pemerintahan Kerajaan Bani Ummaiyyah. Tentera Muslim berjaya menakluk Afrika Utara dan Iran pada lewat tahun 600-an, mengembangkan empayar Islam daripadaSemenanjung Iberia di barat sehingga India di timur. Tentera Ummaiyyah pimpinan Tariq ibn Ziyad menyeberangi Selat Gibraltar dan menubuhkan pemerintahan di Semenanjung Iberia (Sepanyol) sementara baki tentera Islam yang lain menubuhkan pemerintahan di SindIndia.
Kerajaan Bani Ummaiyyah ditewaskan oleh Kerajaan Bani Abbasiyyah selepas tewas dalam perperangan pada tahun 750masihi. Hal ini menyebabkan kebanyakan kaum keluarga Bani Ummaiyyah dibunuh oleh tentera Abbasiyyah. Seorang waris Bani Ummaiyyah iaitu Abd-ar-Rahman I mengambil pemerintahan Islam di Andalusia dan menubuhkan Kerajaan Bani Ummaiyyah Andalusia di sana.

Translate . . . .

Government Umayyad (Banu Umayya Arab بنو أمية / الأمويون al-umawiyyūn); Islamic caliphate based on first inheritance after the death of Prophet Muhammad The government consists of a family of the Quraysh in Makkah. The Umayyad state's power from 661 BC until the year 750 BC. Ironically the Umayyad previously antagonized Islam, as Abu Sufyan, before they converted to Islam.

The original name of the Umayyad kingdom is named after the name of the grandfather of Muawiyah, the founder of the Umayyad government ibn Abd Shams, a leader of the Quraish tribe of the rich and influential.

Umayyad rule
Muawiyah became governor of Syria under the rule of the third Caliph of Islam, Uthman Affan. In 35Hijriah, Medina, became the capital of the Islamic state has been hit by the political crisis sparked a massive uprising against the government. As a result, the Caliph Uthman was killed by rebels. After the assassination of Uthman, Ali Bin Abi Talib was appointed as the new caliph.
As the killer has not been punished by Uthman Ali, refused to accept the caliph Muawiyah and Ali fight in 657. Not only Muawiyah refused to accept Ali as Caliph, but he was also accused of failing to Ali, Sayyidina Uthman's murder (his uncle). In other words, Muawiya suggested that Ali himself involved in a conspiracy to kill the Caliph Uthman).
Both parties agreed to negotiate to solve problems. Consultation is seen by the followers of 'Ali as unfair. Muslim empire split. After Ali was assassinated in 661, the son of Ali Hassan iaituSaidina became caliph, but he has decided to give the position of caliph Muawiyah as caliph throughout the Islamic empire on Muawiyah hope to unite the Muslims at the time because Umar Hassan is not willing to see the split Muslims continue to occur before this matanya.Hal cause the formation of the Umayyad and witnessed the exchange of the central government from Medina to Damascus.




........


Umayyad power centered on Byzantian colonies in Syria and preserve local official who is not a Muslim as an administrator. Umayyad also concentrating their efforts towards the capture of the Mediterranean and conquered Konstentinopal. Many of conquest and opening new territory made ​​during the reign of the Umayyad state. Muslim armies to conquer North Africa and Iran in the late 600's, the expanding Islamic empire daripadaSemenanjung Iberia in the west to India in the east. The Umayyad army led by Tariq ibn Ziyad crossed the Strait of Gibraltar and establish rule in the Iberian Peninsula (Spain), while the remaining Muslim soldiers of other established rule in Sind, India.
Umayyad government was defeated by the Abbasid government after losing the battle in 750masihi. This causes most of the Umayyad clan murdered by the Abbasids. A beneficiary of the Umayyad Abd-ar-Rahman I take Islamic rule in Andalusia and established the Umayyad Andalusian there.